Buat video TikTok dapat duit! Ini trend orang pada zaman sekarang, semuanya hanya dihujung jari sahaja, sesiapa sahaja boleh menjana pendapatan secara online hanya bermodalkan smartphone dan line internet. Tahukah anda, kita sebenarnya boleh jana pendapatan dengan TikTok! Bagaimana dapat duit dari TikTok? Artikel ini boleh membantu anda menjana wang di TikTok dan apa yang menarik dengan TikTok anda boleh menjadikan hobi anda sebagai pekerjaan sepenuh masa. Jom ketahui cara buat duit dengan TikTok.
Jika anda mengikuti berita dengan teliti, anda pasti akan mendengar tentang aplikasi terkenal ini yang dikenali sebagai TikTok.
Ramai orang telah membuat jutaan US Dollar menggunakan kemahiran mereka sendiri. Hanya buat video TikTok dibayar duit USD! Amat lumayan bukan?
Buat duit dengan TikTok? So bagaimana dapat duit dari TikTok.
TikTok adalah salah satu aplikasi popular di mana sesiapa sahaja seperti anda dan saya boleh membuat dan menyiarkan video pendek. Tahukah anda, menjelang pertengahan tahun 2023, TikTok mempunyai lebih satu bilion pengguna dari seluruh dunia. Pastinya ini merupakan salah satu platform terbaik pada abad ini untuk anda menjana pendapatan secara online.
TikTok memberikan banyak skop untuk semua orang menjana wang. Ramai orang sudah menjadi jutawan TikTok, mungkinkah anda jutawan TikTok yang seterusnya?
Tapi, ramai pengguna baru/newbie TikTok ini sering bertanya soalan: “Bagaimana untuk jana pendapatan dengan TikTok?”
Oleh itu, teruskan membaca artikel ini jika anda ingin buat duit dari TikTok. Jana pendapatan dengan TikTok.
Sebelum itu, mari mulakan dengan memahami cara TikTok berfungsi.
Kenali dan fahami apa itu TikTok… Buat video TikTok dapat duit.
Pada tahun 2021, TikTok mengumumkan bahawa pengguna boleh memuat naik video sehingga 10 minit pada aplikasi ini. Pastinya ini merupakan berita baik untuk pengguna TikTok kerana 10 minit adalah masa yang cukup untuk menyampaikan cerita pendek tentang apa sahaja.
Untuk menggunakan TikTok, perkara pertama ialah memuat turun aplikasi ini pada telefon mudah alih anda. Apabila anda membuka aplikasi ini buat kali pertama, terdapat beberapa butiran ringkas dan asas yang perlu anda masukkan seperti nombor telefon anda, username, alamat email anda dan sebagainya. Setelah selesai memuat turun, buat pendaftaran akaun anda dan jangan lupa periksa email anda untuk pengesahan pendafaran.
Tahniah, anda kini pengguna TikTok. Bersedia untuk membuat duit dengan TikTok?
Tapi sebelum itu…
TikTok mempunyai dua ciri utama. Yang paling popular ialah ciri menonton video sama seperti menonton video di YouTube. Di sini, anda boleh mencari beribu-ribu video dan menonton video yang anda suka. Anda juga boleh memilih video mengikut genre mereka.
Ciri kedua dan paling penting yang perlu anda ketahui ialah membuat dan menyiarkan video yang anda buat. Tiada siapa yang akan membayar anda untuk menonton video di TikTok.
Tapi, anda boleh mendapatkan bayaran untuk video yang anda buat di TikTok. Berminat nak tahu lebih lanjut? Teruskan membaca…
Ciri kedua membawa anda ke skrin di mana anda boleh melancarkan kamera mudah alih anda pada smartphone anda. Dengan ciri ini, anda boleh membuat video TikTok berdurasi 10 minit, anda boleh buat beberapa pengeditan kecil menggunakan perisian yang disediakan di TikTok dan memuat naiknya dalam beberapa saat, bergantung pada kelajuan Internet anda dan saiz fail video tersebut.
Jenis Video untuk TikTok Anda
Anda boleh memuat naik sebarang jenis video di TikTok, anda boleh mencipta video sendiri dengan idea unik anda sendiri. Tetapi korang wajib tahu terma dan syarat TikTok ya, jangan sampai akaun TikTok anda dibanned pulak ya..
Cara Terbaik untuk Menjana wang di TikTok
Sekarang, mari lihat cara menjana duit dengan TikTok. Tapi, perlu anda ingat bahawa menjana wang dengan TikTok tidak semudah yang anda jangkakan. Sebaliknya, ia memerlukan usaha dan dedikasi untuk mencari follower dan memuat naik video dengan konsisten.
Oleh itu, saya cadangkan anda membaca artikel ini sehingga tamat. Saya akan menunjukkan kepada anda beberapa cara bagaimana dapat duit dari tiktok.
Kunci utama sebenar buat duit di TikTok..
3 Cara aktifkan “mesin duit” di TikTok.
1. TikTok Shop
Anda boleh membuat pencarian di Google, Wulan Wu, salah seorang content creator pertama yang menyertai TikTok Shop. Beliau mendapat lebih daripada 500k pengikut/followers dalam masa kurang dari 8 bulan dengan menyertai TikTok Shop. Beliau membeli rumah idamannya melalui komisen yang diperolehinya di TikTok Shop dan menjadi rakan kongsi dengan bekerjasama dengan pelbagai jenama terkemuka dan kedai-kedai terkemuka.
TikTok shop membolehkan creators seperti anda mempamerkan produk kegemaran anda. Apabila anda menyertai TikTok shop, anda akan dapat berkongsi produk boleh beli-belah dengan penonton dalam video anda. Duit komisen akan masuk terus ke akaun bank anda untuk setiap kali anda berjaya mendapatkan jualan melalui TikTok Shop.
Untuk layak menyertai TikTok shop, akaun anda mesti berada dalam kedudukan yang baik, mengikuti garis panduan komuniti TikTok dan yang paling penting adalah, anda haruslah memenuhi keperluan berikut:
- Mempunyai 1000 pengikut/ follower.
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
2. Kumpul Gifts
Cara seterusnya untuk buat duit di TikTok adalah dengan mengaktifkan Gifts pada akaun anda. (Rujuk gambar dibawah)
Ini merupakan cara yang ramai orang buat duit di TikTok. Peminat anda sebenarnya boleh menghantar Gifts apabila mereka menyukai video anda. Gifts ini boleh ditebus dengan wang tunai sebenar yang mungkin berguna untuk membeli-belah dalam talian dan boleh juga anda menyimpannya ke akaun bank anda.
Semakin banyak Gifts yang anda terima, maka semakin tinggi pendapatan anda. Gitfs yang anda terima akan ditukarkan dalam bentuk Coin, Coin ini boleh anda tukarkan ke wang Ringgit Malaysia pada wallet TikTok anda.
So, cara terbaik untuk mendapatkan Gifts daripada peminat anda adalah dengan menyiarkan video anda secara langsung/ Live Stream dengan beberapa aktiviti. Anda boleh menyiarkan acara secara langsung seperti rancangan tempatan atau konsert atau malah kehidupan anda sendiri semasa anda melakukan sesuatu di rumah atau tempat kerja.
Untuk layak mengaktifkan Gifts pada akaun TikTok anda, akaun anda mesti berada dalam kedudukan yang baik, ikuti garis panduan komuniti TikTok dan anda haruslah memenuhi keperluan berikut:
- Mempunyai 10,000 pengikut/ follower.
- Melepasi had umur yang ditentukan.
- Video mestilah melepasi moderation.
- Mempunyai akaun yang aktif selama sekurang-kurangnya 30 hari.
3. TikTok Creator Marketplace.
TikTok Creator Marketplace adalah salah satu tempat di TikTok dimana pelbagai jenama terkemuka dan content creators seperti anda untuk bekerjasama. Pemilik jenama membayar anda untuk usaha anda seperti memuat naik video yang mempromosikan jenama mereka pada video yang anda buat. Untuk setiap kali anda memuat naik video, anda akan dibayar wang tunai! Lumayan bukan?
So, untuk memohon akses kepada TikTok Creator Marketplace, anda mesti memenuhi kriteria berikut:
- Lebih 100,000 pengikut.
- Sekurang-kurangnya berumur 18 tahun.
- Anda menyiarkan sekurang-kurangnya 3 video dalam tempoh 30 hari yang lalu.
- Anda mempunyai sekurang-kurangnya 1000 tontonan video dalam tempoh 30 hari yang lalu.
- Video anda yang mengikuti garis panduan komuniti TikTok.
Tips Terpantas Buat duit dengan TikTok.
Anda perlu fokus untuk mendapatkan lebih banyak pengikut/ follower di TikTok.
Sebenarnya, kesemua tiga cara untuk membuat duit di TikTok seperti yang diatas ini hanya boleh dilakukan apabila anda mempunyai bilangan pengikut yang ramai. Ini memerlukan usaha yang gigih.
3 cara buat duit di TikTok ini boleh anda aktifkan pada akaun TikTok anda pada ruangan Creator Tools dan pilih Monitezation, seperti pada gambar dibawah.
Mencipta video yang orang suka untuk menonton serta berkongsi dengan orang lain adalah kunci untuk mendapatkan lebih ramai pengikut. Ia tidak sukar, dan beribu-ribu pengguna TikTok sebenarnya mendapat peminat ini dengan mudah. ​
Beberapa cara untuk meningkatkan pengikut/follower anda dengan membayar sejumlah wang di TikTok. Ramai pengguna baru TikTok sebenarnya membayar untuk mendapatkan pengikut. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda akan mendapat penonton berkualiti tinggi.
So, kunci utama untuk menjana lebih banyak wang di TikTok ialah lebih ramai pengikut, anda boleh menggunakan 3 cara ini untuk menjana duit di TikTok. Semoga bermanfaat.
Baca juga artikle dibawah.
SelMat bergabung