Nak buat duit online dengan aplikasi Raiz? Tapi tak tahu caranya? Ramai yang bertanya bagaimana cara nak daftar aplikasi Raiz, so dalam article kali nie saya ingin berkongsi kepada anda semua bagaimana cara daftar aplikasi Raiz. Pendaftaran adalah percuma dan sesiapa sahaja boleh sertai yang penting ada telefon pintar dan akaun bank.
Bagi yang masih tak tahu lagi apa sebenarnya aplikasi Raiz ini, aplikasi Raiz merupakan aplikasi telefon pintar dimana anda boleh dapatkan duit secara pasif dengan membuat pelaburan mikro serendah RM5.00 melalui akaun bank anda. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Di luar sana, masih ramai orang lagi yang tak tahu tentang ini, so rebutlah dan ambillah peluang ini sekarang, melabur duit dengan bijak melalui aplikasi Raiz dengan kerjasama PNB ASNB.
Seronoknya tengok bila hampir setiap hari Raiz bagi RM5.00 percuma! Anda boleh lihat gambar dibawah, ini screenshots gambar yang saya ambil dari akaun Raiz saya. Jom buat duit dengan Raiz App, download aplikasi ini percuma disini. Klik sini.
Cara daftar aplikasi Raiz
Ikuti cara-cara dibawah untuk mendaftar aplikasi Raiz ini di telefon pintar anda.
Langkah pertama taip dan cari “Raiz” di Apple store atau Google store, muat turun dan install ke smartphone anda. Anda juga boleh download aplikasi ini disini secara percuma sahaja. Klik sini.
Next, selesai muat turun, buat pendaftaran akaun anda dengan mengikuti langkah-langkah seperti pada gambar diatas. Pendaftaran adalah percuma sahaja. Masukkan alamat email anda dan masukkan kata laluan anda. Setelah itu pilih bank anda untuk spending dan funding.
Setelah memilih bank yang sesuai, masukkan nombor akaun bank anda seperti pada langkah ke 4 dalam gambar diatas.
Selesai saja langkah 4, terus ke langkah seterusnya dengan memasukkan data personal anda seperti nama, no kad pengenalan dan nombor telefon bimbit anda. Tahniah anda sudah berjaya mendaftar akaun Raiz anda. Anda kini boleh memulakan pelaburan anda di Raiz, anda tak perlu risau kerana pelaburan duit di Raiz adalah mematuhi syariah.
Anda sudah tahu bagaimana cara daftar aplikasi Raiz bukan? So, yang berminat nak tahu lebih lanjut cara buat duit dengan aplikasi Raiz. Klik sini. Cara dapat RM 5.00 tanpa had dengan aplikasi Raiz.