Cara Gandakan Dividen ASB Dengan Mudah & Berkesan.

Ketahui segera bagaimana anda boleh gandakan simpanan asb anda, ramai orang menggunakan teknik mudah ini, cara gandakan dividen ASB anda dengan teknik yang betul dan berkesan. Peluang jana pendapatan pasif melalui teknik kompaun ASB. Pastinya cara ini terbukti berkesan untuk pelaburan jangka masa panjang anda melalui pembiayaan ASB.

Jika anda ingin merancang kewangan masa depan anda, pastinya teknik pembiayaan ASB dan kuasa kompaun merupakan teknik yang paling berkesan.

So bagaimana teknik kompaun ASB ini boleh ganda duit? Anda boleh lihat gambarrajah dibawah.

Simulasi: [Anggaran kadar dividen ASB tahunan: 6%] Katakan anda membuat pembiayaan ASB sejumlah RM50,000 dengan tempoh pembiayaan selama 25 Tahun.

So, berikut merupakan jumlah pendapatan yang anda terima dengan kuasa kompaun ASB jika dividen tidak dikeluarkan.

cara gandakan dividen asb
Sumber: http://www.asnb.com.my/compound.php

Dengan pembiayaan ASB sebanyak RM50,000 anda boleh menjana pulangan belipat kali ganda jika DIVIDEN TIDAK DIKELUARKAN sehingga masa matang pelaburan anda tamat.

TEKNIK KOMPAUN ASB LOAN RM50K. Cara gandakan dividen ASB

Caranya mudah saja, dalam tempoh 1 tahun pembiayaan anda kena bayar ansuran bulanan sebanyak RM300 sebulan menggunakan duit gaji anda atau apa-apa sumber kewangan yang anda perolehi. Pastikan anda berdisiplin untuk membayar ansuran setiap bulan.

Pada tahun ke-2 pembiayaan dan tahun seterusnya anda tak perlu bayar ansuran bulanan dengan menggunakan duit gaji anda lagi, anda cuma perlu gunakan duit dividen ASB yang anda terima setiap tahun untuk membayar ansuran pembiayaan ASB anda.

Lakukan perkara ini selama 24 tahun tanpa mengeluarkan dividen, dan pastinya dalam tempoh matang pelaburan anda akan mendapat pulangan RM214,594 hanya bermodalkan ASB loan RM50,000.

So, jika anda merancang kewangan untuk masa depan pastinya ini cara yang paling selamat dan berkesan.

PENTING!

  • Pengagihan dividen serta kadar dividen ASB tidak dijamin untuk setiap tahun.
  • Menamatkan pembiayaan ASB dalam jangka pendek (contoh kurang dan 3 tahun), tidak membantu anda mencapai objektif kewangan yang diingini.

TIP PELABUR BIJAK

  • Mengambil jumlah pembiayaan MENGIKUT KEMAMPUAN dan tanpa bergantung atau mengharapkan dividen tahunan untuk membayar ansuran bulanan.
  • Maksimumkan faedah kuasa kompaun dengan amalan MENGEKALKAN atau TIDAK MENGELUARKAN dividen.
  • MENGEKALKAN PELABURAN sepanjang tempoh pembiayaan untuk mencapai objektif kewangan anda.
  • Mendapatkan khidmat nasihat daripada penasihat kewangan bertauliah di cawangan ASNB sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan.

Baca lebih lanjut di laman ASB di http://www.asnb.com.my/compound.php

You Might Also Like